Seperti yang kita tahu, perkahwinan pelawak, Shuib Sepahtu dan tunangnya, Watie Hanifiah akan diadakan beberapa hari sahaja lagi dengan mereka sudah pun menganjurkan majlis khatam al-Quran serta malam berinai sekitar minggu lalu.
Artikel Berkaitan: Walimatulurus Shuib, Watie Dapat Tajaan 1.7 Juta
Adakan ‘Bachelorette Party’
Dapat dilihat Watie yang mengenakan baju berona putih itu sungguh gembira meraikan parti bujang (bachelorette party) itu bersama rakan-rakannya.
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen ‘terkejut’ melihat gelagat Watie yang begitu lincah ketika bersama rakan-rakannya.
Dalam pada itu, ramai juga yang mendoakan agar urusan perkahwinan Watie dan Shuib dipermudah.
Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup. dan majlis perkahwinan Watie dan Shib akan berlangsung di Putra Glass House, Putra Height dan akan terhad kepada 600 tetamu.
Sekadar info, Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Video
@astanrxbc8f Doa yg baik2. #shuibwatie #shuibsepahtu #weddingvibes #weddingdress #artismalaysia #fyp? #doabaikbaik ? original sound – D | H?
Sumber: TikTok