berita

Netizen Kagum Dr Zulkifli Teruskan Ceramah Pada Hari Sama Anak Meninggal Dunia

October 3rd, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan bahawa anaknya, Hammad Zulkifli telah meninggal dunia pada jam 5.22 pagi di sisi ahli keluarga. Menurut Dr Zulkifli, beliau sudah reda dan sabar dengan pemergian anaknya.

Belajar banyak benda

Meskipun diuji dengan kehilangan anak tersayang, Dr Zulkifli dilihat masih kuat dan meneruskan majlis ceramah setelah urusan pengebumian anaknya selesai. Dalam majlis tersebut, Dr Zulkifli sempat meluahkan perasaannya sebagai seorang ayah sebaik sahaja melihat saat-saat terakhir anaknya ‘dijemput’ pulang kepada Allah.

Walaupun kita diuji, tapi InsyAllah kita yakin Allah bagi jauh lebih baik. Anak saya kembali ke RahmatuAllah pagi tadi. Sejujurnya saya reda. Bukan dia sahaja mati, kita pun akan mati. Saya belajar banyak benda. Bila datang ajal kamu mahupun sesiapa sahaja, Allah tak akan cepat dan tak akan lambat. Anak saya diuji dua hari lebih. Kami sempat dan boleh sembahyang bersama.

Ujar Dr Zulkifli, beliau gembira kerana dapat menguruskan mayat anaknya dengan segera dan segala urusan pengebumian telah dipermudahkan. Dr Zulkifli, turut memberi pesanan kepada semua umat Islam mengenai solat. Beliau juga berterima kasih kepada semua pihak yang sudi hadir ke majlis pengebumian dan membantu anaknya ketika menjalani rawatan kemoterapi sepanjang di hospital.

Kita kena sembahyang. Orang sembahyang ni lain. Paksa anak isteri sembahyang. Kita boleh tengok cara Allah ambil nyawa manusia. Saya nak ucap jutaan terima kasih buat semua yang tolong anak saya masa dia buat kemoterapi. Saya syukur kepada Allah kerana mayat dia mudah. Kalau boleh jangan simpan mayat lama, cepat-cepatkan. Jadi, Alhamdulillah semua urusan arwah cepat.

Video

@media_albakri al Fatihah ##drzulkiflialbakri #drzulkiflialbakri #tgdz ? original sound – Media_AlBakri

Jelas Dr Zulkifli, anak keduanya itu meninggal dunia akibat kanser sarkoma. Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ar Raudhah, Kota Seriemas, Nilai selepas selesai solat jenazah disempurnakan pukul 9.45 pagi di Pusat Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai.

Sumber: Media Al-Bakri

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×