Belum habis isu rakam babak filem House Of Gucci di panggung wayang, adik kepada selebriti Neelofa iaitu Ameera Khan sekali lagi menjadi target netizen.
Artikel Berkaitan: Rakam Klip Filem House Of Gucci Dalam Wayang, Netizen Kecam Ameera Khan – ‘Kenapa Masih Ada Lagi Individu Yang Melakukan Dalam Tahun 2022?’
Kek batik kering
Kali ini, nama Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan menjadi bualan warganet disebabkan kek batik yang dijualnya.
Menerusi ciapan pengguna bernama @aswaliaaa di Twitter, dia meluahkan rasa tidak puas hati dengan tekstur kek batik itu. Dakwanya, kek batik yang dijual sangat kering dan tidak moist (lembab) seperti yang digembar-gemburkan di pasaran.
Individu terbabit turut memuat naik tangkapan skrin (screenshot) video salah seorang pelanggan yang dikongsikan di Instagram Stories Ameera.
Kek batik jenis apa kering keras kejung macam tu?
Sumpah keras kejung dan berkecai, berderai bila pindahkan atas pinggan. Kalau saya beli kek batik macam ini, saya pulangkan balik.
Kek batik yang dijual dengan harga RM38 itu dijual bersama sos coklat Belgian.
Jangan rosakkan kegemaran kami
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut sependapat dengan ciapan tersebut malah ada yang berkongsi rupa sebenar kek batik.
Allah. Susah juga orang kaya nak flex kan makanan marhaen ni. Cakap kat dia, teruskan saja makan caviar, daun sehelai dalam pinggan tu. Jangan rosakkan kegemaran kami.
Bila orang kaya sibuk nak jual kek batik, lepas itu jual harga kayangan. Yang sesetengah marhaen bebal pergi beli.
Biskut marie topping coklat?
Tasteless juga ya orang kaya ini. Mesti dia terpaksa kata sedap padahal tak sedap.
Terdahulu, GSC memaklumkan bakal mengambil tindakan terhadap Ameera kerana merakam tanpa kebenaran selain memuat naik beberapa klip filem yang belum lagi ditayangkan secara rasmi di pawagam Malaysia.
Sumber: Twitter @aswaliaaa