![[VIDEO] PU Riz Respon Selepas Sering Digesa Nasihat Adik Beradik Ipar – ‘Saya Tak Diam..Tetap Tegur’](https://asset.ohbulan.com/2026/03/pu-riz-22.jpg)
Pendakwah selebriti, PU Riz memberikan respon susulan sering dihujani dengan pertanyaan berkenaan teguran terhadap adik-beradik iparnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ameera Tutup Dulu’ – PU Riz Tegur Adik Ipar Terselak Tudung, Netizen Puji Nasihat Diberi Dengan Sopan & Lembut
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Digesa Untuk Nasihat Adik Beradik, Neelofa Beri Respon – ‘Kita Tegur Apa Yang Patut, Selebihnya..’
Teguran kepada ahli keluarga
Menerusi perkongsian di podcast Sembang Seram, PU Riz atau nama lengkapnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 31, menjelaskan tentang tanggungjawab menegur ahli keluarga.
Awak ada tak cakap dekat adik ipar awak tentang semua benda yang wajib diajar? Ada buat tak? Secara umum mungkin kita ada cakap tetapi (bukan secara) mendalam.
Normalnya atau adabnya dia ada ibu bapa. Kalau orang menegur adik saya, mungkin saya pun terasa walaupun adik saya tak sempurna.
Tanggungjawab untuk bercakap lagi dan lagi itu bukan terletak pada suami kakaknya (abang ipar).
Menurut PU Riz, dia mengakui pernah memberi nasihat setiap kali melihat berlakunya kekhilafan dalam kalangan ahli keluarga, namun dia tidak boleh mengambil alih tugas tersebut berikutan ada individu yang lebih layak.
Kita tegur, kita cakap, kita tetap bagi peringatan tapi kena ingat, kata al-Quran, ‘jaga diri kamu dan ahli keluarga.’
Secara umum bila berlaku kemungkaran kena tegur tapi setiap orang ada binded (terikat), maksudnya yang betul-betul wajib (menegur)..ahli rumah kita iaitu isteri, anak-anak.
Setiap kali saya bercakap, orang akan kata ‘tegurlah keluarga kau dulu, kau pergi tengok cermin!.’
Adakah saya diam? Tidak, saya tak diam. Siapa pun buat silap, apatah lagi ahli keluarga..kita tetap tegur. Tapi ada ke orang sampai ke tahap setiap hari telefon ipar dia (untuk menegur).
Sedangkan sudah ada lapisan, mak ayah pun ada lagi.
Dalam pada itu, PU Riz berkata, dia juga pernah disoal mengenai perkara tersebut ketika melakukan perkongsian ilmu dalam sebuah majlis.
Saya pernah kena sampai orang tanya dalam majlis, ‘ustaz tak rasa malu ke? bagi ceramah tapi keluarga ustaz tak sempurna.’
Saya jawab, bagaimana kita mengambil satu tanggungjawab menegur yang disuruh oleh Allah? Betul, hadis berkata, ‘siapa yang nampak kemungkaran wajib cegah.’
Kita cegah, kita tak biar, dan kita cakap tetapi ada orang lain (yang sepatutnya menegur). Contohnya, takkan seorang pak cik nak menegur anak buahnya lebih berbanding bapanya sendiri?
Kita kena faham, ada panduan bagaimana kita nak jaga ahli keluarga.
Sumber: Sembang Seram






![[VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/madammu1.jpg)

