berita

Netizen Kecam Berlakon Dalam Filem Pulau, Ini Sebab Alif Satar Terima Tawaran

March 1st, 2023 | by Alia
Kini Trending

Kontroversi filem Pulau yang dikatakan berunsur ‘soft porn’ telah mendapat perhatian serta kritikan ramai pihak dan antara yang terpalit adalah pelakon utama filem ini, Alif Satar.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Kekok Guna Bahasa Isyarat Layan Peminat OKU, Alif Satar Dipuji Netizen – ‘Ini Baru Artis Serba Boleh!’

Artikel Berkaitan: Filem Pulau ‘Haram’ Ditayang Di Terengganu, Penerbit Rugi RM500,000 Penaja Tarik Diri

Netizen belum menonton

Anak seni serba boleh, Alif Satar atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, menerima pelbagai kecaman terutama daripada warganet yang rata-rata kecewa kerana pelakon pujaan mereka yang berimej ‘bersih’ itu terlibat sama untuk naskah tersebut.

Pelakon berusia 33 tahun ini ketika ditemu bual semasa tayangan perdana filem Pulau petang semalam, menjelaskan penonton perlu memahami terlebih dahulu bahawa setiap pelakon akan membawakan watak yang berbeza dengan karakter sebenar mereka.

Saya harap apabila mereka menonton filem ini, mereka dapat menilai sendiri mengikut karakter pelakon tersebut. Watak di dalam filem ini juga berbeza dengan siapa saya diluar.

Kerana skrip & barisan pelakon hebat

Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37), menyatakan dia bersetuju untuk terlibat dalam filem ini kerana tertarik dengan genre filem dan penghasilan skrip yang bagus serta membariskan pelakon-pelakon senior berbakat besar.

Saya terima tawaran ini kerana penerbit menjelaskan filem ini adalah filem seram bukan filem lucah dan juga kerana skrip serta rakan pelakon seperti Namron dan Wan Hanafi Su. Siapa yang tak mahu berlakon satu naskah dengan mereka kan?

Terdahulu, filem Pulau yang bakal ditayangkan pada 9 Mac nanti, sebelum ini mendapat kecaman hebat sehingga tayanganya di negeri Terengganu diharamkan gara-gara terkandung adegan-adegan panas dan pemakaian pelakon yang seksi.

SKIP THIS AD ×