berita

Filem Pulau ‘Haram’ Ditayang Di Terengganu, Penerbit Rugi RM500,000 Penaja Tarik Diri

February 18th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Kerajaan negeri Terengganu telah mengambil keputusan untuk mengharamkan tayangan filem kontroversi, Pulau di setiap panggung wayang di negeri tersebut.

Artikel Berkaitan: ‘Trailer ‘Pulau’ Hanya Satu Peratus Daripada Keseluruhan Filem’ – Penerbit

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Rasa Tak Sesuai, Jangan Tengok’ – Amelia Henderson

Penerbit buat rayuan

Penerbit filem Pulau, Fred Chong berkata tindakan mengharamkan filem itu adalah kerana terdapat babak keterlaluan. Namun tindakan ini akan memberi kesan buruk terhadap naskah itu kerana ramai yang belum menonton keseluruhan filem tetapi sudah membuat kesimpulan berdasarkan maklumat pihak lain.

Mungkin orang cuma nampak tiga panggung wayang, tetapi saya kuatir tindakan sama akan diikuti kerajaan negeri lain.

Susulan tindakan tersebut, Fred Chong bakal mengemukakan surat rayuan berserta surat sokongan daripada pihak Finas bahkan dia juga mempelawa ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk menonton filem Pulau.

Penaja tarik diri, penerbit rugi besar

Menurut Fred sebagai penerbit di WebTVAsia, filem yang menelan belanja hampir RM4 juta itu sedang berdepan dengan kerugian besar mencecah RM500,000 kerana ramai penaja menarik diri.

Selain itu, runut bunyi filem ini juga tidak dapat diputarkan di stesen radio.

Nampaknya hasrat membawa Pulau ke arena lebih luas terpaksa dibatalkan, malah nak bayar stesen radio supaya memainkan lagu OST filem ini juga tidak dapat direalisasikan.

Fred juga merayu warganet untuk menonton filem ini terlebih dahulu dan memohon agar mereka menghentikan gesaan pengharaman terus filem genre seram itu.

Terdahulu, treler filem Pulau mencetuskan kontroversi apabila penonton mendakwa terdapat adegan berunsur lucah yang membariskan pelakon-pelakon seperti Amelia Henderson, Alif Satar, Namron, Ikmal Amry dan model Ms Puiyi.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×