berita

Netizen Kecam Gambar FB Yuna, Minta Jangan Dedahkan Aurat – ‘Risau Makin Terbuka’

March 8th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Profile photo yang digunakan oleh penyanyi terkenal, Yuna di laman Facebook menerima kecaman  hebat dan kurang disenangi wargamaya.

Menerusi foto dikongsi, dapat dilihat Yuna sedang memakai baju berwarna silver yang dipenuhi glitter bagi menaikkan lagi seri baju tersebut.

Titipkan ucapan terima kasih

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, pemilik nama Yunalis binti Mat Zara’ai menitipkan ucapan terima kasih kepada mereka yang ‘mempercayainya’ dan ujarnya lagi ia bukan satu perjalanan yang mudah.

Tetapi inilah album ke-5 saya. Bolehkah anda percaya? Mengeluarkan projek sebagai artis bebas buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun rasanya cukup menakjubkan! Saya boleh membuat peraturan saya sendiri.

Ujar pelantun lagu Terukir Di Bintang lagi, dia mahu para peminat meluangkan masa dan mendengar setiap lagu yang dikeluarkan dan perkara tersebut membuatkan para peminat lebih dekat kepada dirinya dan musik.

Saya akan mengeluarkan 5 keluaran berasingan sepanjang tahun 2022. Y1, Y2, Y3, Y4, dan akhirnya yang terakhir yang akan ‘mengikat’ segala-galanya, Y5.

Netizen kecam Yuna?

Namun di sebalik berita gembira yang dikongsi, Yuna turut menerima kecaman berhubung foto yang dikongsi. Rata-rata netizen dilihat menitipkan nasihat supaya penyanyi ini menutup aurat dengan sempurna.

Sumber: Yuna

SKIP THIS AD ×