Pelakon dan penyanyi Indonesia, Cinta Laura dikritik netizen kerana sanggup membawa watak sebagai seorang pelacur dalam siri terbaharunya.
Artikel Berkaitan: Ingin Berjaya Dunia Akhirat, Laudya Cynthia Bella Umum Bersara Dari Dunia Seni ‘Doakan Saya Istiqomah Ya’
Artikel Berkaitan: Alami Depresi, Afgan Pulih Selepas Jumpa Psikiatri
Pole dancer
Cinta Laura Kiehl, 29, telah berkongsi pengalaman bermaknanya mempelajari ilmu baharu sehingga terpaksa menghabiskan 20 jam sehari untuk melakukan tarian bagi menjayakan wataknya sebagai Pole Dancer.
Di balik scene pertama ‘Scandal 2’, ada perjuangan yang menghabiskan lebih dari 20 jam latihan. Terima kasih kerana sabar mengajar saya mencapai semuanya dalam masa yang singkat.
Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram milik selebriti ini, satu sedutan babak yang memaparkan aksi ghairah telah mengundang pelbagai reaksi wargamaya. Susulan daripada itu, rata-rata netizen menyampaikan rasa kurang senang melihat aksi berani tersebut yang dianggap tidak sepatutnya dipertonton kepada umum.
Komen
Walau bagaimanapun, Cinta enggan berdiam diri dan bersuara terhadap kritikan yang diterimanya melalui satu hantaran lain di Instagram.
Untuk kalian yang sudah berfikiran negatif, berfikir buruk tentang inti cerita series ini tanpa akal kritis dan menghakimi orang-orang yang terlibat, kamu rugi.
Aku doakan kalian sendiri sudah dijalan hidup yang sempurna dan mencapai tingkat moralitas tertinggi agar merasa layak untuk menghakimi keperibadian dan jalan hidup orang lain.
Sumber: Cinta Laura Kiehl