berita

Netizen Kecam Pakaian Norreen Iman Sambut Anniversary – ‘Semoga Terbit Rasa Segan Dengan Allah’

June 8th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Baru-baru ini, pelakon dan pempengaruh media sosial, Norreen Iman telah menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-9.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peguam Tegur ‘Content’ Solat Noreen Iman & Aya Amiruddin

Artikel Berkaitan: Norreen Risau Termakan Sandwich Ada ‘Port Belly’, Netizen Sempat Tanya Sedap Ke Tak – ‘Orang Kata Rasa Macam Ayam Betul Ke?’

Anniversary ke-9

Bersempena hari cukup indah itu, Norreen menerusi satu hantaran di Instagram dilihat berkongsi beberapa gambar ketika meraikan hari bahagia tersebut bersama suaminya, Razzi Razak.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Norreen berkata dia bersyukur apabila dikurniakan suami yang memahami dan sentiasa mengambil peduli terhadapnya.

Saya sayang awak sangat-sangat. Terima kasih kerana sentiasa mengambil berat tentang saya, memahami saya dan selalu berada dengan saya.

Isteri gila tapi suami cool. Sayang awak sangat Razzi.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian wargamaya adalah pakaian yang digayakan Norreen dikatakan terlalu seksi.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik, ibu kepada dua cahaya mata itu dilihat mengenakan pakaian berona hijau yang mendedahkan sebahagian perutnya.

Baju seksi

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang selepas melihat gambar yang dikongsikan pempengaruh itu.

Malah, ada juga yang berpendapat tindakan Norreen yang sengaja ‘menayang’ perut itu untuk menunjukkan dirinya sudah semakin kurus.

Selain itu, ada juga segelintir netizen yang mendoakan agar hati Norreen dilembutkan dan akan berpakaian lebih sopan.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×