Pempengaruh, Norreen Iman telah memuat naik sebuah video jenaka yang memaparkan situasi kaum wanita ketika menunaikan solat telah mengundang pelbagai kritikan daripada warganet.
Artikel Berkaitan: Akui Terlepas Pandang, Norreen Iman Mohon Maaf Isu Tak Buat ‘Review’ Produk – ‘Kejadian Tu Berlaku 5 Tahun Lalu’
Artikel Berkaitan: ‘Boleh Panggil Badan Gemuk, Jangan Panggil Saya Siti Bainun!’ – Norreen Iman
Hukumnya haram
Di dalam video tersebut, Norreen bersama seorang rakannya yang juga pempengaruh, melakonkan situasi dan masalah yang sering terjadi semasa kaum wanita menunaikan solat jemaah.
Di Twitter, seorang peguam mengambil tindakan untuk menegur pempengaruh tersebut tentang video yang disifatkan seolah-olah mempermainkan ibadat agama Islam.
Ada benda kita boleh nak melawak tapi perkara berkaitan ibadat macam ini hukumnya haram.
Kawan-kawan, Allah SWT melarang kita menjadikan agama dan ibadat sebagai permainan dan hiburan.
Reaksi netizen
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet mempunyai pandangan yang sama dengan peguam tersebut walaupun pada mulanya ada yang menganggap lakonan itu hanyalah bahan lawak namun mereka sedar setelah mengetahui perkara berkaitan agama adalah sangat sensitif.
@usernotfound__900 Bila terawih dengan member be like? @NORR33N @Aya Amiruddin #fyp #norreenbuathal #norreen #norreeniman #norreen143 #razzi #lawaktiktok #norreenrazzi #fyp??viral #lawakmalaysia #fyp? #ayaamiruddin
Sumber: Twitter