Pelakon Shukri Yahaya dan Alya Iman dikecam warganet yang mendakwa mereka melakonkan adegan berunsur lucah di dalam sebuah drama yang bertajuk Layang-Layang Perkahwinan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Dakwa Babak Bercium Daiyan Trisha & Hun Haqeem Keterlaluan – ‘Dah La Dua-Dua Pelakon Muslim’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Drama Lakonan Amir Ahnaf Dikecam, Didakwa Ada Adegan Wanita ‘Projek’ Bawah Meja
Netizen kecewa
Menerusi potongan klip drama yang dimuat naik di platform X, Shukri yang membawa karakter sebagai Azim dilihat sedang mandi di dalam bilik air dan Alya yang memegang watak sebagai Tsuraya mendatanginya.
Mereka kemudian berbual-bual sebelum Shukri bertanya kepada Alya adakah dia sudah mandi atau belum.
Shukri yang tidak mengenakan baju itu bertindak menarik tangan Alya dan aktres tersebut memberikan senyuman.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet meluahkan perasaan kurang senang dan mendakwa adegan tersebut mempunyai unsur ‘softporn’ walaupun tidak ditonjolkan secara terang-terangan.
Penulis skrip tiada etika, pengarah tak rasa malu, pelakon?
Jijik! Sampai bila filem/drama Malaysia kena macam ni?
Benda ‘softporn’ macam ni boleh tayang dekat Malaysia?
Dalam masa yang sama, mereka berasa kecewa terhadap Shukri kerana aktor tersebut sudah dianggap ‘bersih’ dari kontroversi namun sanggup melakukan adegan seperti itu.
Aku ingat Shukri takkan berlakon cerita macam ni, tu aku cakap cerita Melayu dah ke arah barat.
Tak sangka Shukri sanggup ambil watak macam ni.
Kenapa Shukri? Kau dah berlakon ‘sempoi’ kenapa ambil ‘job’ macam ni?
Sumber: Platform X