Perkongsian video di aplikasi TikTok memperlihatkan pelakon veteran Mak Wan Latah sedang menyanyi dan berjoget di sebuah pusat karaoke mengundang kritikan netizen.
Artikel Berkaitan: ‘Berdosa Besar Buka Aib Orang’ – Mak Wan Latah
Ligat nyanyi sambil menari
@_makwanlatahofficialhidup mesti hepy?tabarakallah.? original sound – _makwanlatah
Menerusi rakaman yang dimuat naik di akaun @_makwanlatahofficial, Mak Wan rancak mendengdangkan lagu berjudul Sway yang dinyanyikan oleh Michael Buble.
Mengenakan tshirt berlengan panjang berwarna kelabu serta tudung ‘sarung’ hitam, pelakon berumur 61 tahun ini juga dilihat ‘sakan’ menari mengikut tempo muzik.
Perkongsian itu turut disertakan kapsyen, “Hidup mesti happy.. Tabarakallah.”
Hasil pemerhatian OhBulan!, rata-rata warganet memberi pelbagai reaksi dan respon di ruangan komen. Ada yang menegur tindakan pemilik nama Halimaton Saadiah Mohd Daud yang seakan membuka aib sendiri.
Salah ke pergi menghibur?
@_makwanlatahofficial Reply to @nephophilia123 ? original sound – _makwanlatah
Sementara itu dalam hantaran berbeza, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 tampil menjelaskan video terbabit telah lama dirakam dan baru dikongsikan kepada umum pada Selasa.
Mempertahankan tindakannya menghiburkan diri, Mak Wan akui dia sangat suka berkunjung ke pusat karaoke terutama ketika mengalami stres.
Salah ke Mak Wan karaoke? Itu video lama bukan sekarang. Lagipun Mak Wan memang suka karaoke.. Salah ke? Ada hukum mengatakan salah? Tak ada kan?
Mak Wan tak usik sesiapa pun. Kenapa nak marah Mak Wan pergi karaoke? Lepas shooting ke lepas penat, Mak Wan pergi kejap karaoke ‘jamban’ tu. Bukan mahal mana pun. Kalau mahal, Mak Wan tak mampu.
Tolong la jangan suka kecam orang lain. Cukup-cukup la tu.
Sekadar info, Mak Wan berkahwin dengan Husain pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak. Mahligai yang dibina hanya bertahan tiga bulan apabila pasangan ini sah bercerai pada 22 Januari lalu.
Selepas selesai kes penceraian, timbul dakwaan yang mendakwa Mak Wan tidak mempunyai personaliti dan akhlak yang baik hingga diceraikan talak satu oleh bekas suaminya.
Sumber: TikTok @_makwanlatahofficial