Gara-gara memuat naik sekeping gambar bersama pelakon popular Hollywood, Gal Gadot, warganet meluahkan rasa kecewa terhadap pelakon jelita, Zahirah Macwilson.
Artikel Berkaitan: Tak Cemburu Tengok Isteri Berlakon Babak Mesra, Aiman Hakim Rizda Sifatkan Zahirah Macwilson Profesional – ‘Itu Art Dalam Lakonan’
Artikel Berkaitan: Ramai Wanita Cemburu Tengok Zahirah Macwilson, Badan Macam Anak Dara Jadi Idaman – ‘Tak Macam Mak Anak Seorang Pun’
Netizen serang Instagram
Baru-baru ini pemilik nama sebenar Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson, telah menghadiri ke sebuah majlis jenama barangan kemas terkenal Tiffany & Co di New York, Amerika Syarikat.
Menerusi perkongsiannya di Instagram (IG), pelakon berusia 28 tahun itu dilihat mengambil gambar bersama pelakon-pelakon terkenal dan yang paling menarik perhatian warganet adalah fotonya bersama pelakon filem Wonder Woman, Gal Gadot.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata ramai warganet yang mengecam Zahirah kerana bergambar bersama pelakon antarabangsa tersebut yang berketurunan Yahudi dan dari Israel.
Dalam pada itu, ada juga yang menuduhnya tidak sensitif terhadap umat Islam di Palestine.
Kenapa bergambar dengan zionis? Ya Allah, saya dah lama berhenti sokong Gal Gadot lepas tahu dia adalah salah seorang daripada mereka.
Bangganya bergambar dengan orang yang tidak berhati perut membunuh saudara Islam kita. Allahuakhbar. Bagaimana perasaan anda bila ada pembunuh , membunuh adik beradik anda dan semua orang berbangga dan bergambar dengan pembunuh itu. Tanya hati, tanya iman.
Awak tahu tak Gal Gadot pernah berkhidmat dalam tentera yang membunuh sejumlah besar rakyat Palestine?
Tinjauan OhBulan! mendapati selain Zahirah, selebriti lain yang turut menghadiri majlis tersebut adalah aktor yang sedang meningkat naik, Meerqeen.
Sumber: Instagram