berita

Netizen Kecoh DBP Nak Robohkan Replika Buku, Ini Yang Sebenarnya Berlaku

August 9th, 2019 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai isu mercu tanda yang kini berusia hampir 20 tahun pada bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dirobohkan telah menarik perhatian warganet.

Reka bentuk mercu tanda tersebut seperti buku itu menjadi satu identiti yang mudah dikenali dan diingati oleh orang ramai kerana ianya melambangkan DBP sebagai satu badan yang menguruskan hal ehwal bahasa serta persuratan negara.

Penularan surat di media sosial…

Namun apa yang lebih mengejutkan lagi adalah apabila satu surat mengenai kelulusan projek bagi merobohkan replika yang melambangkan DBP itu tular di media sosial dan telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Ramai pihak yang mempersoalkan serta mengecam tindakan tersebut dan beranggapan bahawa replika itu perlu dikekalkan sebagai simbolik DBP.

Sehubungan dengan penularan itu, pihak DBP telah mengeluarkan kenyataan media bagi menjawab segala persoalan dan memaklumkan tentang alasan perobohan replika tersebut.

‘Kami ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja perobohan replika buku ini dibuat setelah mendapat nasihat daripada pakar Jabatan Kerja Raya(JKR) yang mengesahkan bahawa struktur replika tersebut tidak lagi berada dalam keadaan yang selamat’.

Keselamatan orang ramai lebih penting…

Menurut Abang Sallehuddin yang dilaporkan oleh Malaysiakini, binaan replika itu mengalami kerosakan kerana diperbuat daripada besi dan diletakkan di tempat yang kurang sesuai iaitu berhampiran menara penyejuk.

Namun, menerusi akaun Facebook miliik Ku Seman Ku Hussain, bekas pengarang kanan Utusan Malaysia ada mengulas tentang keputusan merobohkan replika DBP tersebut.

‘Saya juga melihat kerja tidak cerdik merobohnya sebagai ciri-ciri Islamafobia’, kata Ku Seman.

Walau bagaimanapun, langkah berjaga-jaga perlu diambil oleh pihak DBP kerana keselamatan orang sekeliling harus diberi lebih keutamaan.

Sumber: Siakap Keli, Malaysiakini

 

SKIP THIS AD ×