Kesihatan mental ni bukan perkara yang baru kita dengar. Dari dulu lagi sudah banyak isu atau kejadian yang berlaku disekeliling kita akibat daripada pesakit mental yang tidak mendapat rawatan yang sepatutnya.
Rawatan yang dikatakan ni tak semestinya daripada doktor, pakar psikiatri atau sebagainya pun, tapi bermula dari diri kita sendiri sebagai teman atau keluarga.
Jadi untuk artikel Besties, Pape Roger kali ni, kami tanya netizen dan juga sekitar pejabat MIASA apa yang mereka akan lakukan untuk bantu rakan-rakan mereka yang mereka tahu mempunyai masalah penyakit mental.
“Cuba tanya apa kita boleh offer“
“Bagi saya kita kena cuba tanya mereka, apa yang kita boleh bantu, apa yang kita boleh tawarkan untuk membantu mereka untuk berupaya membuat aktiviti harian mereka walaupun sedikit. Mungkin kalau kita tanpa lelah terus menerus bantu, mungkin pelahan-pelahan mereka boleh kembalik produktif”.
Arini D. Fadhila
Senior Executive of Marketing and Research
Counselor Trainee, MIASA
“Saya menjadi pendengar tanpa jadi judgemental“
“Saya akan menhadi seorang pendengar sebab orang-orang yang mempunyai masalah mental ni selalu tak de org untuk dengar masalah mereka. Jadi saya akan menjadi pendengar, cuba memahami dan elakkan menjadi seorang yang judgemental. Saya lebih cuba untuk faham mereka dan dari situ mungkin mereka akan jadi lebih terbuka untuk bercerita dengan lebih lagi. ”
Iffah
Pelatih di MIASA
Sentiasa ajak mereka untuk buat aktiviti
“Sebabkan orang yang mempunyai masalah penyakit mental ni dia akan lebih menyendiri, mungkin kita boleh ajak mereka untuk keluar sama-sama buat aktiviti. Contohnya bila weekend boleh pergi pop-up store, pergi cafe hopping, bengkel yang menarik apa sahaja, asalkan mereka tak bersendiri.”
Elina, 25 Tahun
“Yakinkan yang i akan ada selalu dengan dia”
“I akan reassure dia yang i akan ada dengan dia dan i tak akan tinggalkan dia. Lepas tu i akan tanya apa yang dia perlukan dari pada i. Sebab sometimes, mereka tak nak apa-apa pun, hanya perlukan seseorang untuk ada bersama dengan mereka. ”
Raja Azraai, 28 tahun
“Ajak jumpa orang baru! Pergi class dan sebagainya untuk tukar scene”
“I akan cadangkan mereka untuk jumpa orang baru dan tukar scena diorang. I akan ajak pergi yoga, pilates atau sebagainya lepas kerja atau weekend. Kalau selama ni dari office terus balik rumah mungkin lepas . Mungkin orang baru akan buat mereka lagi happy dan lupa akan masalah mereka.”
Nabihah Razak, 30 tahun
“Dengar untuk faham, bukan sekadar mendengar”
“Jadi seorang pendengar yang bagus. Kadang-kadang kita mendengar hanya untuk balas perbualan tersebut tapi dari sudut ini kita kene dengar untuk faham situasi yang mereka lalui. Ada masa tak perlu beri pendapat atau nasihat berlebihan pun, cuma dengar je sudah cukup. ”
Khaliq Az-Zahi
Senior Executive of Marketing and Social Media, MIASA
Luahan apa yang terpendam sama ada dekat kawan atau di Besties, Pape Roger!
Cuba untuk luahan apa yang dipendam dalam hati korang tu dan cari seseorang untuk diluahkan. Kalau takut kena judge, jangan risau, korang boleh luahkan secara anonymous (tanpa identiti) di SINI, di bawah seksyen “Luahan Hati”.
Sentiasa mengutamakan diri korang dahulu berbanding orang lain dan letakkan kesihatan mental serta fizikal korang sebagai keutamaan utama.
Admin harap artikel ni boleh bantu korang untuk mendapatkan kesihatan mental yang lebih baik! Ingat Besties, Pape Roger okay?