Eynanan

Video percutian pempengaruh dikenali sebagai Eynanan bersama keluarga di sebuah pusat perangingan di Arab Saudi menyorot perhatian wargamaya.

Artikel Berkaitan: Akmal Old Money Tak Menunjuk, Infak RM20,000 Untuk 40 Slot Berbuka Puasa

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fatin Afeefa & Opai Berhabis Lebih RM100k Untuk Baju Raya, Netizen Tumpang Gembira – ‘Semoga Dimewahkan Rezeki’

Resort lima bintang

Eynanan

Menerusi beberapa hantaran yang dikongsikan, Eynanan dilihat menginap di sebuah resort terkemuka bertaraf lima bintang iaitu Shebara Resort yang terletak di Umm Lajj, Arab Saudi.

Resort berbentuk seakan cengkerang tiram berwarna kelabu itu dibangunkan di atas permukaan air laut.

Rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan komen meluahkan rasa kagum dengan pempengaruh tersebut kerana menginap di resort yang harganya dikatakan bernilai RM11,000 satu malam.

Malah, tidak kurang juga ada wargamaya yang mendakwa Eynanan merupakan rakyat Asia pertama yang mengingap di situ.

Wargamaya juga menyifatkan kehidupan Eynanan sempurna kerana mampu memiliki apa sahaja dimahukan.

Sumber: TikTok