Kami memang terpana apabila mula-mula membaca komen salah seorang follower Elfira Loy ni. Ada pula dia kata yang dia sudah muak tengok wajah manis Elfira.
Komen yang diberikan pada salah satu foto Elfira di Instagram itu telah mengundang kritikan daripada peminat setianya. Yelah, kalau rasa dah muak, boleh unfollow kan? Semudah ABC je!
Namun, kami rasa apa yang individu berkenaan cuba sampaikan adalah logik. Rasionalnya, apabila seseorang selebriti itu sudah semakin komersial, dia dilihat seakan-akan hilang eksklusivitinya. Dalam bahasa mudahnya, “asyik-asyik muka dia, dah takde muka lain ke?”.
Ditambah pula dengan kewujudan pelbagai laman sosial seperti Facebook, Twitter dan juga Instagram, peminat saban hari ‘disuap’ dengan kisah kehidupan seharian artis. Alasannya, mereka mahu peminat berasa ‘dekat’ dengan mereka.
Ha.. Tapi, apa pula pendapat anda tentang isu ini? Wajarkah seseorang selebriti itu mengekalkan eksklusiviti diri mereka untuk mengelakkan peminat jemu? Sila jawab.