Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada menerima kecaman selepas menjual produk ‘cookies’ dengan harga yang didakwa terlampau mahal.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Pertikai Harga ‘Cookies’ T20, Shuhada Perjelas Ada Enam Jenis & Tak Guna Sos Pencicah ‘Cap Ayam’
Jangan tamak haloba
Menerusi laman Twitter, ada seorang pengguna yang meluahkan ketidakpuasan hati terhadap Shuhada yang dianggap sudah hanyut dalam dugaan rumah tangga.
Berdasarkan ciapan, netizen itu menyifatkan Shuhada tidak sepatutnya terlalu leka mengejar wang ringgit.
Individu terbabit juga menyatakan nasib yang dialami Shuhada sama seperti balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurul Hidayah yang terpaksa membesarkan anak lelaki berseorangan.
Selain itu, dia memuji sikap Hidayah yang tidak pernah menjaja kisah peribadi kepada umum melainkan pelawak, Ali Puteh bersuara.
Dalam pada itu, netizen tersebut juga menasihati Shuhada untuk sentiasa di sisi keluarga dan rakan terdekat.
Terdahulu, Shuhada menjelaskan dalam satu kotak #ShelupShelup itu mempunyai enam jenis cookies bukan enam ketul seperti yang diperkatakan.
Katanya lagi, sos pencicah (dipping sauce) yang digunakan sangat berkualiti bukan ‘sos cap ayam.’
Sebelum ini, Shuhada mendakwa Hafidz telah menumbuk sebanyak tiga kali di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh.
Gara-gara perbuatan itu, Shuhada menerima 10 jahitan di bahagian pipi kiri dan menyebabkan cacat kekal.
Sebelum ini, Hafidz berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangga menjadi perbualan hangat ekoran dakwaan curang.
Pada 23 Februari lalu, Hafidz kemudian menceraikan Shuhada dengan talak satu sambil bersaksikan ahli keluarga.
Sumber: Twitter