
Selebriti versatil, Kelly Azman tidak mengambil pusing terhadap kecaman netizen yang mengkritik video persembahannya menyanyikan lagu Hamba Cinta, nyanyian asal Syamel yang dimuat naik di media sosial, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Line Up Padu! Jamal Abdillah, Ernie & Alpha Gegarkan Let’s Raya 2026! Kelly Azman Selebriti Serba Boleh
Artikel Berkaitan: 15 Tahun Kekal Serasi, Ani Mayuni Selesa Bergandingan Dengan Kelly Azman Di Pentas
Kalis kecaman

Rakaman klip tersebut menerima pelbagai reaksi negatif apabila segelintir netizen berpendapat nyanyian Kelly tidak setanding dengan versi asal, malah ada yang mendakwa dia ‘merosakkan’ lagu tersebut.
Bagaimanapun, Kelly yang sudah lebih sedekad dalam industri berkata, dia sama sekali tidak terkesan dengan kritikan berkenaan.
Saya tahu video nyanyian itu dikecam, tetapi saya memilih untuk tidak memberi sebarang respons kepada kritikan yang tidak membina kerjaya.
Menurut pelantun lagu No No No itu, perbandingan antara dirinya dan Syamel adalah tidak wajar kerana setiap penyanyi memiliki kelebihan tersendiri.
Kalau bercakap soal vokal, sudah tentu saya dan Syamel ada kekuatan tersendiri. Setiap penyanyi mempunyai warna suara berbeza dan penghayatan kami juga dalam kelas tersendiri.
Demi menjaga kesihatan mental, Kelly berkata dia lebih selesa memberi tumpuan kepada kerjaya dan kehidupan peribadi berbanding melayan komen negatif di media sosial.
Daripada melayan kata-kata netizen, lebih baik saya fokus dengan kerjaya sebagai penyanyi, pengacara dan penghibur.
Jadual kerja saya sepanjang Ramadan juga padat kerana sibuk menghiburkan pengunjung yang berbuka puasa di St. Giles Boulevard Hotel Kuala Lumpur bersama rakan gandingan, Ani Maiyuni.
Untuk rekod, ini bukan kali pertama Kelly berdepan kecaman netizen kerana sebelum ini dia juga pernah menerima kritikan apabila menyanyikan semula atau membuat ‘cover’ lagu-lagu nyanyian penyanyi tempatan.








