berita

Netizen Persoal Fesyen Seluar Ketat Neelofa

September 29th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-09-29 at 10.30.08 AM

Sejak mengenakan hijab ni, kami lihat selebriti wanita ni makin cantik pula jadinya. Macam ada cahaya di wajah gitu. Untunglah siapa yang dapat memperisterikan Neelofa kan?

Artikel Berkaitan: Saya Tidak Mahu Sebarang Temu Ramah – Neelofa Enggan Jawab Gosip Bakal Kahwin Kerabat Diraja

Bagaimanapun, Neelofa nampaknya masih mendiamkan diri mengenai gosip dirinya bakal mengahwini kerabat Kelantan. Kalau sungguh pun gosip tersebut, maka memang bagai pinang dibelah dualah jawabnya. Huhu.

Namun, sedang kami scroll laman newsfeed facebook pagi ni, kami ternampak lagi kisah kontroversi mengenai Neelofa di sebuah blog hiburan. Katanya, ramai orang yang ‘tegur’ mengenai penampilan Neelofa.

Screen Shot 2014-09-29 at 10.27.41 AM

Sejujurnya, pada pandangan kami tiada apa pun yang nampak awkward dalam foto yang dimuat naik oleh Neelofa. Kami hanya nampak Neelofa sedang memegang seorang bayi yang sedang baring di atas sofa.

Namun, ternyata mata para netizen lebih tajam dan telus daripada kami. Buktinya, seluar ketat yang dipakai oleh Neelofa pula menjadi bualan mereka. Katanya ia tidak sesuai dengan imej berhijabnya.

Screen Shot 2014-09-29 at 10.31.54 AM

Haih. Kasihan juga Neelofa kan? Setiap inci tentang dirinya diperhatikan. Tak apalah. Mungkin ada teguran yang boleh dijadikan tauladan. Betul tak?

Kredit foto: Instagram Neelofa

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×