
Pelakon Ruhainies mempersoalkan tuduhan yang mengaitkannya dengan individu bergelar ‘sugar daddy’ selepas beberapa pengguna media sosial mendakwa maklumat itu datang daripada seorang individu yang dikenali sebagai Bella.
Artikel Berkaitan: ‘Duit Ruhainies Memang Banyak, Tak Payah Sugar Daddy Bela’ – Risteena
Artikel Berkaitan: Ruhainies Bersumpah Tak Pernah Dibela ‘Sugar Daddy’, Bakal Buat Laporan Polis Terhadap Penabur Fitnah
‘Bella pernah spill dulu’

Enggan berdiam diri, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 33, memuat naik beberapa tangkap layar komen pengguna Instagram yang membuat tuduhan tanpa bukti kukuh.
Netizen 1: Bella pernah spill dulu. Dia ni dijaga kata job atau berniaga tak ada rasanya. Keluarga pun biasa.
Netizen 2: Kalau dia nak saman orang tuduh dia ada yang bela. Awal-awal dia saman Bella sebab Bella kan pernah spill the tea.
Reaksi tersebut dipercayai merujuk kepada konflik lama antara Ruhainies, Bella dan bekas suami Bella iaitu Aliff Aziz yang pernah mencetuskan kontroversi dalam dunia hiburan tempatan.
Dalam hantaratan yang sama, Ruhainies tampil mempersoalkan kesahihan dakwaan tersebut dan meminta orang ramai menunjukkan bukti jika benar kenyataan itu pernah dibuat secara umum.
Bella mana ni? betul ke dia ada cakap macam ni? Saya baca dekat mana mana ramai mention macam ni. Ada sesiapa boleh kongsikan kalau ada video atau statement tentang ni? Sebab bersepah statement macam ni di mana mana dalam social media.’
Saya nak tahu adakah sekadar nak melagakan atau memang ada statement seperti ini dibuat umum. thank you.’
Terdahulu, seorang wanita meninggalkan komen pada sebuah hantaran dengan mendakwa Ruhainies mendapat elaun bulan daripada ‘sugar daddy’.
Terkesan dengan komen tersebut, Ruhainies kemudian mendedahkan wajah dan meminta orang ramai membantunya mencari individu tersebut sebelum si pelaku memohon maaf secara peribadi kepadanya.
Bagaimanapun, Ruhainies nekad membuat laporan polis berhubung perkara itu demi membersihkan namanya selepas dimalukan secara terbuka.
Sumber: Instagram Story Ruhainies








