berita

Netizen Puas Hati Tajuddin Kena Pecat Sebagai Pengerusi Prasarana

May 26th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd, ditamatkan serta merta. Perkara tersebut disahkan oleh Kementerian Kewangan selepas satu surat bertarikh hari ini telah dihantar kepada Tajuddin viral di media sosial.

Berikutan daripada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa puas hati sebaik sahaja mendengar mengenai berita tersebut.

Terima kasih atas perkhidmatan

Puas hati, akhirnya dah kena pecat. Lain kali berfikir sebelum bercakap. Fikir perasaan orang lain sama.

Kuasa Twitter dan media sosial, memang layak kena pecat daripada jawatan.

Tiada lagi provokasi. Semoga yang lain jadikan pengajaran.

Trending di Twitter, rata-rata netizen menyokong pihak kerajaan kerana memecat Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman serta merta. Menurut netizen, sebagai seorang pemimpin dan pengerusi Prasarana, Tajuddin perlu memberikan contoh yang baik buat masyarakat bukannya menunjukkan nilai etika yang tidak baik.

Terdahulu, Tajuddin Abdul Rahman didakwa tidak memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media berkaitan kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT), semalam. Di samping itu, beliau didakwa memperlekeh seorang wartawan wanita yang dipercayai berasal dari China. Tajuddin juga didakwa ‘gelak’ dan menyatakan insiden LRT yang berlaku bukan sesuatu kemalangan yang serius.

Buat petisyen suruh letak jawatan

Kegagalan dan tiada rasa sensitif dan empati oleh Tajudin Abdul Rahman, Pengerusi PRASARANA dalam menguruskan mangsa tragedi LRT pada 24 Mei yang lalu telah membuktikan beliau sama sekali tidak layak menjawat jawatan sebagai Pengerusi PRASARANA. Sikap beliau yang sombong, angkuh dan bongkak jelas terpancar ketika sesi sidang media yang dibuat oleh beliau sejurus melawat ke kawasan tragedi. Ditambah pula dengan “racist remark” beliau terhadap seorang wartawan.

Selain itu, beliau juga telah melanggar SOP berikutan tidak memakai pelitup muka, sebaliknya hanya memakai face shield sahaja. PDRM & KKM perlu ambil tindakan tegas ke atas Tajudin. Oleh itu, kami mendesak agar Tajudin Abdul Rahman, MP Pasir Salak untuk segera meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PRASARANA. Kementerian Kewangan juga perlu bertindak memecat Tajudin jika dia masih lagi berkeras melepas jawatan tertinggi anak syarikat MOF tersebut.

Sejak petang tadi, lebih daripada 139 ribu individu telah menyokong petisyen berhubung #LetakJawatanTajuddin. Meskipun sasaran itu hampir meraih sokongan majoriti, Menteri Kewangan Malaysia dipercayai telah mengeluarkan surat pemecatan tersebut terlebih dahulu kepada Tajuddin.

Sumber: Twitter

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×