berita

Netizen Puji Anak Betty Rahmad Laung Azan Pada Usia Empat Tahun -‘ Masya-Allah Anak Soleh’

December 2nd, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Baru-baru ini, video yang dimuat naik pelakon dan juga usahawan Betty Rahmad telah mencuri perhatian netizen dan juga rakan selebriti.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Betty Rahmad Terinspirasi Daripada Anak Untuk Mempelajari Ilmu Agama

Azan pertama

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, dapat dilihat anak lelaki Betty, Ardy Wira sedang melaungkan azan dengan lancar buat pertama kalinya.

Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah Ardy Wira atau lebih dikenali Wira baru saja berusia empat tahun 10 bulan.

Dalam pada itu, di ruangan kapsyen Betty turut meluahkan rasa syukur kepada Allah atas pencapaian Wira ini.

MasyaAllah Tabarakallah. Segala puji bagi Allah SWT, azan pertama Wira.

‘Anak soleh’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap yang ditonjolkan Wira dan bangga dengan pencapaiannya yang mampu melaungkan azan walaupun baru berusia empat tahun.

Berdasarkan pemerhatian OhBulan! rakan selebriti juga turut memuji laungan azan tersebut dan menyifatkan Wira sebagai anak yang soleh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad)

Sumber: Instagram 

SKIP THIS AD ×