
Pendengar radio Hot FM memuji stesen berkenaan kerana memutarkan lagu ‘Justice For Zara Qairina’ sebagai tanda solidariti terhadap pelajar tingkatan satu yang meninggal dunia baru-baru ini iaitu Allahyarham Zara Qairina.
Artikel Berkaitan: ‘Memang Ada Patah & Kecederaan Pada Jasad Zara Qairina’ – Peguam
#JusticeForZara

Lagu itu dimainkan sebagai simbol sokongan kepada usaha menuntut keadilan buat remaja berusia 13 tahun tersebut yang dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolahnya.
Rata-rata komen di media sosial memuji langkah Hot FM. Malah ramai warganet meluahkan rasa kagum terhadap keprihatinan stesen itu.
Tidak kurang juga, ada yang menggesa stesen radio lain mengikuti contoh sama sebagai tanda sokongan.
Difahamkan, lagu tersebut dicipta oleh seorang lelaki bernama Norsalim Ali.
Pada Sabtu lalu, kubur Zara Qairina digali semula atas arahan Jabatan Peguam Negara bagi membolehkan prosedur bedah siasat dilakukan terhadap jasadnya.
Siasatan polis pada 31 Julai lalu merekodkan keterangan 60 saksi, termasuk tiga individu dikenali sebagai ‘Kak Wana’, ‘Kak Dedeng’ dan ‘Tomboi’, yang didakwa mempunyai kaitan dengan kes kematian ini.
Terdahulu, pada 16 Julai, kira-kira jam 3 pagi, Zara Qairina ditemui dalam keadaan parah di bawah bangunan asrama sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), Kota Kinabalu, untuk rawatan lanjut.
Namun, arwah meninggal dunia keesokan harinya. Laporan awal menyebut punca kematian adalah akibat terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama.
Sumber: TikTok



![[VIDEO] Nyanyian Negaraku Siti Nurhaliza Di MotoGP Sepang Buat Ramai Terpegun](https://media.says.com/2026/11/ctspci-scaled.jpg)

![[VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2846.jpeg)
![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)