Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menempatkan sementara Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) serta semua warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sehingga siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai.

Artikel Berkaitan: ‘Memang Ada Patah & Kecederaan Pada Jasad Zara Qairina’ – Peguam

Artikel Berkaitan: ‘Kubur Arwah Perlu Digali Semula, Saya Mahu Tahu Punca Sebenar Kematian’ – Ibu Zara Qairina

KPM akan memberi kerjasama

Menerusi kenyataan media oleh Kementerian Pendidikan, keputusan tersebut diambil susulan pengumuman PDRM bahawa Pasukan Petugas Khas Bukit Aman telah mengambil alih siasatan kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

KPM akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dilaksana secara menyeluruh, teliti dan tuntas. 

Sebagaimana yang telah ditegaskan, kes tersebut adalah keutamaan KPM pada masa ini.

KPM berharap siasatan telus dan sepenuhnya dapat dilaksanakan demi keadilan buat keluarga serta semua pihak terbabit.

Pada 16 Julai lalu, Zara Qairina ditemui pada kira-kira jam 3 dalam keadaan parah di bawah bangunan asrama sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) di Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, pelajar itu meninggal dunia di hospital keesokan harinya dengan laporan awal mengatakan dia terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah.

Pada 31 Julai lalu, polis telah merakam keterangan 60 saksi berhubung kes kematian Zara Qairina termasuk tiga individu dengan nama ‘Kak Wana’, ‘Kak Dedeng’ dan ‘Tomboi’ iaitu antara nama disebut mempunyai kaitan dengan kes kematiannya.

Pada 9 Ogos lalu, kubur Zara Qairina digali semula atas arahan Jabatan Peguam Negara bagi membolehkan prosedur bedah siasat dilakukan terhadap jasad remaja berusia 13 tahun berkenaan.

Kenyataan media

Sumber: KPM