Beregu badminton lelaki negara, Nur Izzuddin meraih perhatian ketika majlis penyampaian pingat kejohanan Badminton Terbuka India 2025 (India Open 2025), baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Logo Jalur Gemilang Dipasang Terbalik Di Baju Lee Zi Jia, Penaja Tampil Mohon Maaf – ‘Kami Tidak Sengaja’
Artikel Berkaitan: Nur Izzudin Dapat Dua Hadiah Istimewa, Rangkul Juara Terbuka China & Timang Bayi Sulung – ‘Rezeki Anak Itu Luas’
Tak salam wanita
Menerusi video yang tular, Izzuddin dilihat tidak bersalaman dengan penyampai hadiah yang merupakan seorang wanita.
Izzuddin atau nama lengkap Izzuddin Rumsani, 27, sebaliknya hanya meletakkan tangan di dada sebagai tanda hormat.
Tindakan anak kelahiran Johor itu mendapat pujian wargamaya kerana membawa imej Islam yang baik.
Terdahulu, Izzuddin dan pasangan regunya, Goh Sze Fei-Nur berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Badminton Terbuka India sekali gus membanggakan Malaysia.
Pada aksi final di New Delhi, Sze Fei-Nur Izzuddin berjaya menundukkan pasangan Korea Selatan Kim Won Ho-Seo Seung Jae, 21-15, 13-21, 21-16.
Hasil kemenangan tersebut, pasangan beregu nombor satu negara itu membawa pulang hadiah bernilai US$70,300 (kira-kira RM316,631).
Sumber: Thread