Pelakon dan penyanyi Nur Fazura mencuri perhatian ramai selepas berkongsi momen mengemas beg pakaian anak tunggalnya, Fatima Aisya, untuk percutian bersama bapa tersayang, aktor Fattah Amin ke Disneyland.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Fatima Okay Saja Dengan Nenda, Tengah Bincang Nak Pergi Disneyland’ – Fattah Amin

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Tak Dapat Tahan Air Mata, Titip Doa Buat Anak – ‘Semoga Allah Sentiasa Lindungi Fatima’

Fatima nak pergi Disneyland

@fazuraofficial

Pack with me for Fatima’s trip to Disneyland tomorrow 🩷🫶🏻✈️ #NurFatimaAisya #daughter #Iloveyou #behappy #besafe

♬ original sound – Nur Fazura

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Fazura arau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 42, dilihat teliti memilih baju dan seluar yang bersesuaian dan melipat satu persatu pakaian tersebut sebelum disusun ke dalam beg.

Proses itu turut dibantu oleh pembantunya bagi memastikan semua kelengkapan anak kecil itu cukup sepanjang berada di luar negara. 

Difahamkan, Fatima bakal bercuti ke taman tema popular dunia, Disneyland Tokyo bersama Fattah selama lapan hari.

Aksi spontan Fazura itu mencuri perhatian netizen yang rata-rata kagum dengan sifat keprihatinannya sebagai seorang ibu.

Tidak kurang juga, ada yang mengakui sebak melihat kasih sayang ditunjukkan aktres itu walaupun percutian tersebut tidak disertai olehnya.

Komen netizen

Sebelum ini, tular di media sosial sebuah video pendek yang memaparkan gelagat comel Fatima bersungguh-sungguh meminta bapanya membawanya ke Disneyland Tokyo, sekali gus mencuri perhatian ramai.

Untuk info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 namun bercerai pada 7 Oktober 2024.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun.

Sumber: TikTok Fazura