berita

Netizen Sebak Tengok Ayah Berbasikal Hantar & Ambil Anak Sekolah

August 12th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Benar kata orang, kasih seorang bapa tiada penghujungnya, persis video pengorbanan seorang ayah ini yang sanggup berbasikal menghantar anak dan mengambil anaknya ke sekolah yang telah meruntun hati warganet.

Rumah jauh dari sekolah

Dalam satu video yang dikongsikan pengguna @fatimahzainol_ di laman TikTok, dapat dilihat seorang bapa yang mengayuh basikal sambil dibonceng anaknya di tengah panas.

Meskipun tempat duduk penumpang basikal tersebut tidak mempunyai tempat pemijak kaki, kanak-kanak tersebut tetap kelihatan selesa dan riang menghayun-hayun kakinya.

Menerusi kapsyen, pemilik tersebut menyatakan bahawa mereka tidak tinggal dekat dengan kawasan sekolah kerana terserempak beberapa kali di simpang yang berbeza, jauh dari kawasan sekolah.

Besarnya, pengorbanan seorang ayah, sebak tengok pakcik ini ambil anak dari sekolah naik basikal sahaja, kaki si anak tiada tempat nak diletak jadi memang akan lenguh tergantung macam itu dan nak kena galas beg sekolah berat lagi.

Ingatkan rumah mereka dekat dengan sekolah tetapi kami terserempak lagi dekat simpang lampu isyarat yang agak jauh.

Netizen simpati, titip doa

Perkongsian tersebut telah mendapat lebih 700 ribu tontonan dan menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dan memohon doa agar urusan dua beranak itu dipermudahkan.

Sumber: TikTok @fatimahzainol_

SKIP THIS AD ×