Di TikTok, tular satu video yang begitu meruntun hati wargamaya apabila memaparkan keadaan sebuah keluarga yang berada dalam keadaan kedaifan.
Artikel Berkaitan: ‘Satu Dunia Nampak Kau Pergi Restoran Mewah..Makan Lobster, Tapi Nafkah Anak Tak Mampu Bagi’ – Cik Pia
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pemuda Tinggal Dalam Proton Wira Kecewa Jadi Mangsa Konten, Disuruh Datang Negeri Sembilan Konon ‘Review’ Makanan
Derita sakit tulang belakang
@tvpku En Mustafa keluarga asnaf NGO PKU Maybank 5520 5982 5987 Pertubuhan Khidmat Ummah
Menerusi video hantaran badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Khidmat Ummah (tvpku), mereka sekeluarga hidup dalam sebuah rumah kayu kecil yang hanya beratapkan zink sahaja.
Walaupun begitu, ia tidak menjadi halangan kepada mereka untuk menghantar anak-anak yang masih kecil pergi bersekolah.
Dalam video tersebut, dapat dilihat bahawa beg sekolah yang talinya sudah putus digantikan dengan tali rafia agar boleh terus digunakan.
Lebih menyedihkan apabila Mustafa mempunyai masalah tulang belakang sejak 10 tahun yang lalu, namun dia tidak mampu untuk menanggung kos rawatan yang terlalu tinggi.
Disebabkan keadaan Mustafa, isterinya, Haslina terpaksa menggalas tanggungjawab dalam menjaga tujuh orang anak yang mereka masih bersekolah serta ibunya yang mempunyai masalah ingatan.
Difahamkan, Haslina bekerja sebagai seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) yang membuatkannya masih belum mampu untuk menampung perbelanjaan mereka satu keluarga.
Sumber: TikTok