Kecomelan kedua buah hati pengarang jantung, pelakon Elfira Loy, mencuri perhatian warganet di media sosial. Setiap kali empunya diri berkongsi foto anak-anak, pasti akan menerima pujian ramai.
Artikel Berkaitan: Netizen Pertikai Kehidupan Mewah Kalah Anak Tan Sri, Ini Respon Elfira Loy – ‘Saya Kerja Siang & Malam Cari Duit’
Artikel Berkaitan: Alami Stres & Perlukan Rehat Secukupnya, Elfira Loy Dimasukkan Ke Hospital
Suruh beranak ramai
Terbaharu, Elfira memuat naik gambar anak kedua, Nur Aria Mikayla bersempena usianya memasuki empat bulan.
Bercerita mengenai perkembangan puteri sulung, pengacara berumur 28 tahun ini berkata Aria sudah pandai mogok sekiranya tidak didukung.
Di ruangan komen, rata-rata peminat terpegun melihat kecomelan Aria sehingga ada yang meminta Elfira untuk melahirkan anak lebih ramai.
Bukan macam mesin fotostat
Menerusi hantaran di Instagram Stories, pemilik nama Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri menyatakan dia akan berfikir tentang anak ketiga selepas empat tahun.
Katanya, perjalanan bergelar ibu bukan satu perkara mudah dan dia kini sedang dalam proses untuk menurunkan berat badan.
Kalau beranak ini macam mesin fotostat saja dah lama beranak sepuluh. Tapi tulah bukan senangkan mengandung, beranak dan besarkan bayi hehe.
Yang ketiga pun kalau boleh lagi empat tahun baru nak fikir balik. Tak nampak ke mommy beria nak kurus balik.
Terdahulu, Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Muhamad Rayyan Khalaf, 3, dan Nur Aria Mikayla.
Sumber: Instagram @elfiraloy