Selepas membuat pendedahan menghidap penyakit Skizofrenia dan insomnia yang teruk, pelakon seksi Scha Ellinea menerima pelbagai respons daripada warganet.
Artikel Berkaitan: Hidap Penyakit Skizofrenia & Insomnia, Scha Ellinea Tak Boleh Tidur Seorang Diri – ‘Saya Sentiasa Memerlukan Teman’
Fokus kukuhkan nama dulu
Antara komen yang diterima daripada netizen adalah menyuruh Scha, 23, berkahwin bagi menyelesaikan masalah tidak boleh tidur sekiranya tanpa berteman.
Bagaimanapun, kata pemilik nama Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, dia belum lagi bersedia untuk bergelar isteri biarpun hatinya sudah berpunya.
Kata anak kelahiran Sungai Petani ini, dia ingin memberi fokus kepada karier seni di samping ingin membalas budi keluarga yang selama ini tidak putus memberi sokongan.
Kahwin? Buat masa ini, saya tak terfikir mahu mendirikan rumah tangga. Saya nak fokus bina nama dan mahu membalas jasa keluarga.
Saya nak bahagiakan keluarga, mereka paling penting. Selepas itu, baru fikir kahwin kot.
Si dia ‘sweet’ sentiasa jaga
Dalam pada itu, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa bersyukur kerana mempunyai si dia yang mengambil berat tentang kesihatan dirinya.
Biarpun si dia sentiasa menemani, personaliti media sosial ini memilih untuk tidak terlalu bergantung.
Dia sebenarnya bukan teman lelaki, kami masih mengenali hati budi. Kami tak ‘declare’ lagi. Si dia sangat mengambil berat tentang saya terutama bila dia tau saya alami serangan panik.
Ada masanya, si dia melayan saya berbual hingga pagi, cuma tidaklah selalu. Sebab saya pilih untuk tidak kerap berhubung, tak nak la bergantung kepada si dia.
Scha berkata demikian semasa ditemui pada sidang media program Master In The House Malaysia yang diadakan di Petaling Jaya Performing Arts Centre, Pusat Membeli Belah One Utama, Damansara, pada Selasa.
Selain Scha, program Master In The House Malaysia turut menampilkan empat lagi selebriti iaitu Hael Husaini, Andi Bernadee, Sharifah Rose dan Meyrasam yang akan berguru dengan ‘master’ disegani dari Malaysia dan Korea.
Bintang terkenal yang menjadi master mingguan ialah BamBam, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Yusof Haslam, Datuk Rashid Sidek, koreografer kumpulan Kpop BTS iaitu Son Sung Deuk, Sherson Lian dan Usamah Zaid.
Program Master In The House Malaysia ini akan menemui penonton mulai 15 Januari ini pada jam 10 malam.
Sumber: Instagram @schaelinnea