berita

Hidap Penyakit Skizofrenia & Insomnia, Scha Ellinea Tak Boleh Tidur Seorang Diri – ‘Saya Sentiasa Memerlukan Teman’

January 6th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Scha Ellinea mendedahkan dia menghidap penyakit Skizofrenia dan insomnia yang teruk.

Artikel Berkaitan: Isu Dakwaan Pergi Kelab Hiburan ‘Gay’, Hael Husaini Tenang Kendali – ‘Saya Tak Mahu Diri Dibelenggu Dengan Isu Tersebut’

Artikel Berkaitan: Andi Bernadee Spontan Ajar BamBam Got7 Sebut ‘Mak Kau Hijau’ – ‘Saya Dah Terangkan Maksud Dan Dia Hanya Gelak’

Takut tidur seorang diri

Menurut Scha, penyakit itu menjadi kronik apabila dia tinggal bersendirian justeru dia memerlukan teman untuk tidur.

Kata pelakon berumur 21 tahun ini, dia pernah tidak tidur semalaman dan hanya berjaya lelapkan mata pada awal pagi keesokan harinya.

Selain menghidapi masalah gangguan kebimbangan, saya juga berdepan masalah insomnia yang teruk. Pernah seketika, saya hanya dapat melelapkan mata pada jam 8 pagi keesokan hari.

Bila tak boleh tidur, saya akan menonton Netfilx ataupun melayan media sosial. Penyakit ini juga menyebabkan Scha takut tidur seorang diri dan sentiasa memerlukan teman.

Saya takut tidur seorang diri bukan takut hantu, tetapi, disebabkan penyakit yang dihidapi ini. Selalunya kawan baik atau pembantu peribadi yang akan menemani saya tidur.

Jika mereka ada urusan dan tak dapat temankan saya, itu yang sampai lewat pagi baru dapat tidur.

Kena ambil lima jenis ubat

Dalam pada itu, pemilik nama Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen menyatakan sehingga kini dia masih dalam pengawasan doktor dengan memenuhi temu janji sebulan sekali.

Katanya lagi, dia dikehendaki untuk mengambil lima jenis ubat termasuk ubat untuk penyakit insomnia.

Doktor kata penyakit gangguan kebimbangan dialami berada di bawah kategori Skizofrenia, memerlukan pengawasan doktor dan makan ubat.

Sebulan sekali saya akan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, ada lima jenis ubat yang harus dimakan termasuk ubat insomnia yang dihidapi ini.

Syukur keadaan semakin baik, saya ada keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa mengambil berat. Mereka ini memberikan kekuatan untuk saya melawan penyakit ini.

Scha berkata demikian semasa ditemui pada sidang media program Master In The House Malaysia yang diadakan di Petaling Jaya Performing Arts Centre, Pusat Membeli Belah One Utama, Damansara, pada Selasa.

Selain Scha, program Master In The House Malaysia turut menampilkan empat lagi selebriti iaitu Hael Husaini, Andi Bernadee, Sharifah Rose dan Meyrasam yang akan berguru dengan ‘master’ disegani dari Malaysia dan Korea.

Bintang terkenal yang menjadi master mingguan ialah BamBam, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Yusof Haslam, Datuk Rashid Sidek, koreografer kumpulan Kpop BTS iaitu Son Sung Deuk, Sherson Lian dan Usamah Zaid.

Program Master In The House Malaysia ini akan menemui penonton mulai 15 Januari ini pada jam 10 malam.

Sumber: Instagram @schaelinnea

SKIP THIS AD ×