Umum mengetahui, syarikat perniagaan milik pelawak, Shuib dikenakan tindakan denda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam berikutan tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Kena Denda RM17,500 Sebab Tak Bayar Caruman Perkeso Pekerja, Shuib Sedia Hadapi Ujian Dalam Perniagaan
Terbaru, soarang individu menyuruh Shuib melakukan podcast mengenai topik ‘tidak membayar Perkeso’.
Bincang tak bayar Perkeso
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, individu tersebut meninggalkan komen sedemikian di sebuah posting Instagram yang dimuat naik oleh Shuib. Individu tersebut memberitahu dia ingin mendengar topik tersebut dibincangkan oleh Shuib.
Berikutan daripada itu, Shuib dilihat membalas komen tersebut dan berkata, idea yang dicadangkan itu sangat menarik dan boleh dipertimbangkan.
Terdahulu, Shuib menyifatkan tindakan denda tersebut sebagai ujian dalam bidang perniagaan. Menurut Shuib, dia sudah bersedia untuk memperbaiki mana yang kurang dalam perniagaan yang diusahakan.
Pihak syarikat juga sudah mengaku salah dan membayar denda dikenakan. Inilah adat orang berniaga. Saya kena bersedia menghadapi apa saja ujian yang datang dalam perniagaan.
Apapun, sedikit sebanyak tercalar juga jenama Bubblebee dengan berita yang dilaporkan.
Sumber: Shuib