Selepas dicalonkan sebagai salah seorang ‘influencer’ dalam satu anugerah yang bakal berlangsung tidak lama lagi, nama Dr Amalina dan Dr Sheikh Muszaphar kembali menjadi bualan hangat netizen. Ini kerana, taraf dan sumbangan mereka berdua terhadap masyarakat dan negara tidak setanding dengan calon-calon yang lain.
Malaysia trending
Dr Nur Amalina Che Bakri merupakan seorang doktor perubatan yang pernah mencipta nama suatu ketika dahulu apabila meraih keputusan 17A1 dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004. Beliau sekali lagi menjadi perhatian masyarakat apabila membantu adik Ainul Mardhiah membuang ketumbuhan germ cell tumour di United Kingdom. Kini, beliau sedang berkhidmat di luar negara sambil berkongsi nasihat perubatan di Twitter.
Manakala, Dr Sheikh Muszaphar pula merupakan angkasawan negara yang pertama dan seorang ayah yang rajin berkongsi isu kesihatan dan kekeluargaan di akaun media sosial miliknya.
Sepatutnya diberi penghargaan bukan dipertandingkan
Di ruangan balas, netizen memberitahu bahawa dua individu tersebut tidak layak berada dalam senarai tersebut. Menurut netizen, mereka sepatutnya diberi penghargaan bukannya dipertandingkan. Walau bagaimanapun, Dr Amalina dan Dr Sheikh Muszaphar tidak memberikan apa-apa komen berhubung isu tersebut.
Sumber: Meletop