Pempengaruh Abang Tesla menjawab soalan seorang individu yang bertanyakan adakah benar rasa cinta dibahagikan sama rata terhadap golongan hawa yang hidup bermadu.
Artikel Berkaitan: Abang Tesla Nak Saman Tiga Individu Yang Menghina & Masuk Campur Hal Rumah Tangga – ‘Aku Diam Korang Menjadi-Jadi’
Artikel Berkaitan: Isteri Pertama Abang Tesla Dedah Berhabis Lebih RM30k Untuk IVF, 6 Tahun Jadi Pejuang Garis Dua
Cinta sama rata?
Abang Tesla atau nama sebenar Khal Iltizam Yusry, 28, berkata, rasa cinta akan lebih banyak ditaburkan kepada isteri yang menghormati dan tidak bersangka buruk terhadap suami.
Rasa cinta akan lebih kepada mana isteri yang sangat tenang dan tak banyak berburuk sangka pada suami.
Mana-mana para isteri yang menghormati suaminya, maka isteri itulah tempat yang paling tenang untuk si suami.
Abang Tesla berkongsi mengenai perkara itu menerusi komen balas di sebuah perkongsian miliknya di Instagram. Bagaimanapun, komen tersebut telah dipadam.
Terdahulu, rumah tangga Abang Tesla didakwa sedang bergolak apabila berlaku perbalahan antara isteri pertama, Nurmajdina Jumari dan isteri kedua, Nursyafiqa.
Nurmajdina sebelum ini mendakwa, dirinya telah dihina oleh keluarga Nursyafiqa dan seperti sudah hilang sabar.
Sumber: Instagram