berita

Netizen Tanya Kenapa Tak Jemput Suhaimi Ke Motif Viral, Ini Respon Sinis Hos Program Itu

February 18th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sudah seminggu nama bintang nasyid, Suhaimi Saad menjadi tumpuan netizen di media sosial gara-gara beberapa kenyataan yang dikongsi.

Bermula dari isu bentuk muka bumi yang kononnya leper sehinggakan isu anti vaksin yang turut melibatkan angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar itu menyebabkan netizen mencadangkan agar program popular, Motif Viral menjemput Suhaimi sebagai tetamu undangan.

Macam mana nak contact?

Cadangan netizen telah mendapat perhatian Hazeman Huzir yang merupakan salah seorang hos program tersebut. Menerusi tweet Hazeman atau lebih dikenali sebagai ‘Haze’, dirinya secara berseloroh memberitahu sukar untuk menghubungi Suhaimi yang dibimbangi tidak menggunakan telefon bimbit.

Reaksi sinis Haze telah meraih hampir 7k retweet dan 4k tanda like.

Netizen terhibur

Netizen terhibur dengan respon yang diberikan oleh Haze sehinggakan ada yang memberi cadangan menggunakan khidmat burung merpati bagi menyampaikan utusan.

Jemput orang berakal

Ada juga netizen yang meminta pengacara program itu tidak menjemput orang seperti Suhaimi kerana mereka takut ada juga manusia yang seronok akan kebodohan diri sendiri.

Sumber: Hazeman Huzir

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×