Pelakon dan usahawan, Fazura tampil menjawab pertanyaan seorang wargamaya mengenai rumah tangganya bersama pelakon kacak, Fattah Amin menerusi ruangan komen di Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: ‘Sesetengah Manusia Susah Berterima Kasih, Saya Kecil Hati’ – Fazura
Jarang kongsi gambar bersama
Menerusi hantaran tersebut, seorang wargamaya menulis di ruangan komen bertanyakan keberadaan Fattah dan anak mereka iaitu Fatima Aisyah yang dilihat sudah jarang bersama Fazura.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mengatakan bahawa sangat sukar untuk melihat posting gambar mereka bertiga bersama di media sosial.
Ada saja di rumah
Tidak melatah, pelakon yang terkenal menerusi filem ‘Manisnya Cinta Di Cappadocia’ itu memaklumkan bahawa suami dan anaknya itu ada sahaja di rumah.
Menurut Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, dia dan suami memilih untuk tidak terlalu berkongsi kebahagiaan mereka bagi menjaga privasi keluarga di media sosial.
Tambah Fazura, dia lebih memilih untuk membuat posting mengenai kejadian yang menimpa saudara Islam di Rafah, Palestin.
Ada di rumah, ‘keeping things more private these days’. All eyes on Rafah.
Sekadar info, Fazura dan Fattah Amin telah mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.
Sumber: Instagram Fazura