berita

Netizen Tegur Lain Macam ‘Posing’ Janna Nick Semasa Bersenam

March 28th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Bulan Ramadan merupakan bulan mulia bagi semua umat Islam di dunia. Pada bulan ini, kita seharusnya menjaga ibadah dan memperbaiki diri sendiri agar lebih baik daripada bulan-bulan sebelum ini.

Walau bagaimanapun, tindakan pelakon Janna Nick yang berkongsi foto dirinya selepas bersenam mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Artikel Berkaitan: Janna Nick Mengaku Pernah Kena Sihir Sepanjang Jadi Anak Seni

Artikel Berkaitan: ‘Saya Boleh Pilih Jalan Pintas Kalau Mahu, Tapi Saya…’ – Janna Nick Mahu Kurus Dengan Cara Yang Lebih Sihat

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Dah Tak Cinta Lepaskan, Bukan Gantung Tak Bertali!’ – Janna Nick

Tetap bersenam

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Janna, 27, memuat naik beberapa keping gambar dirinya yang dilihat tetap bersenam walaupun di bulan puasa.

Namun begitu, Janna akui tidak dapat mencari waktu yang sesuai untuk dirinya melakukan ‘hot yoga’ ketika bulan Ramadan.

Bila masuk Ramadan, saya macam tak tahu bila time yang paling sesuai nak buat ‘hot yoga’. Sebab dia panas, dalam sauna room. Nak buat petang takut pengsan.

Nak buat lepas berbuka takut kenyang sangat dan nak pergi terawih.

Pelantun lagu ‘Nakal’ itu turut memaklumkan bahawa waktu tidurnya juga telah berubah semenjak Ramadan tiba. Hal ini menyebabkan dirinya hilang momentum untuk bersenam.

Tak perlu ‘post’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi teguran buat Janna berikutan ‘posing’ yang dilakukannya. Ujar netizen, hantarannya itu mencolok mata dan kurang sesuai untuk dimuat naik ketika di bulan mulia ini.

Sumber: Instagram @jannanick

SKIP THIS AD ×