Gara-gara memakai rantai emas, suami kepada pelakon Atikah Suhaimie iaitu Datuk Lokman Teh menerima teguran daripada warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaimie Teruja Dapat Kereta ‘Second Hand’ Daripada Suami, Dedah Masih Belum Ada Lesen
Teguran netizen
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram, Atikah atau nama lengkapnya Nur Atikah Mohd Suhaimie memuat naik foto sedang menikmati makan malam bersama suaminya.
Bagaimanapun, hantaran tersebut dihujani dengan komen warganet berkenaan pemakaian aksesori emas yang digayakan oleh Lokman berikutan ianya dilarang dalam Islam.
Lelaki Islam tak boleh pakai emas, baru masuk Islam ke?
Awak boleh Google larangan lelaki memakai emas.
Alhamdulillah kalau awak dah tegur. Tapi kalau tahun depan dia pakai juga awak boleh hempuk dia dengan kuali yang awak guna tu.
Respons Atikah
Tidak berdiam diri, aktres berasal dari Singapura itu berkata dia menerima teguran yang diberikan namun kurang senang dengan komen yang disifatkan melampau.
Walau bagaimanapun, sebagai seorang isteri, aktres berusia 33 tahun itu juga telah bertindak menegur suaminya malah mengakui dia juga ada kekhilafan sendiri.
Rasanya tak perlu untuk komen ‘baru masuk Islam’ untuk tujuan sakitkan hati. Sakitkan hati sesama manusia pun berdosa.
Jangan risau, saya pun dah tegur suami saya. Saya pun tak sempurna dan belum pakai tudung. InsyaAllah, perlahan-lahan kami berubah, doakan kami ya.
Paling bagus adalah teguran secara lembut, lepas tu doalah. Suami saya pun tak pernah sakitkan hati saya dan layan saya penuh dengan kelembutan. Kenapa pula saya nak hempuk dengan kuali? Rasanya awak pun kena belajar agama balik. Lain orang lain dosa. Seeloknya jagalah diri sendiri itu paling elok. Setiap orang adalah pendosa, ingat. Mungkin suami saya dosa cuma pakai rantai emas, tapi dari segi hal lain, dia sempurna.
Untuk rekod, Atikah dan Lokman mendirikan rumah tangga pada 21 Januari lalu dan kini dia menetap di rumah keluarga mentuanya.
Sumber: IG Atikah Suhaimie