berita

Netizen Terkejut Bila Tahu Bella Astillah Penyanyi Lagu Diari Ramadan

March 28th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Di TikTok, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah berkongsi video dirinya menyanyikan sebuah lagu OST drama TV3 yang sangat popular pada bulan ramadan iaitu Diari Ramadan Rafique.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Cuma Cakap Duduklah Atas Paha Abang’ – Bella Astillah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Percayalah Selepas Hujan Pasti Ada Pelangi’- Bella Astillah Titip Ucapan Kepada Shuhada Sempena Hari Wanita

Lagu drama ramadan

Mengimbau semula kenangan zaman kanak-kanak pada tahun 2006, penyanyi berusia 29 tahun ini menjelaskan dendangan tersebut mungkin sedikit berbeza dari segi suara kerana dinyanyi ketika sudah dewasa.

Ramai betul yang buat permintaan untuk lagu ni ya. Ok saya tunaikan tapi ni suara dah besar.

Bagaimanapun, apa yang mencuri tumpuan adalah sebahagian besar wargamaya tidak menyangka bahawa lagu tersebut dinyanyikan oleh Bella. Ketika menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa terkejut pelakon Aku Tanpa Cintamu merupakan penyanyi asal lagu berjudul Diari Ramadhan itu.

Video

@bellaastillah_94

Ramai betul permintaan lagu ni ya.. okayy saya tunaikan? tapi ni suara dah besar dah? #DiariRamadhanRafique

? original sound – Bella Astillah – Bella Astillah

Sumber: Bella Astillah

SKIP THIS AD ×