berita

Netizen Terkejut Da’i Syed Sertai Kelab Bola Sepak Selepas Dibebaskan, Rupanya Pelanduk Dua Serupa

December 15th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Menerusi satu posting di Facebook, kelab bola sepak Petaling Jaya City FC (PJFC) hari ini, memperkenalkan enam pemain baharu bagi tahun 2021. Antara pemain yang berjaya mewakili kelab tersebut adalah Ahmad Khairil Anuar, Faiz Mazlan, K. Prabakaran, Raffi Nagoorgani, Syahmi Zamri dan Tamil Maran.

Tapi apa yang menarik perhatian, adalah apabila seorang pemain kelab itu ‘dikatakan’ mirip dengan muka seorang pendakwah selebriti yang tengah hangat dengan kontroversi. Lain macam ni!

Iras muka pendakwah selebriti

Pemain bola yang dikatakan iras seperti Da’i Syed adalah Khairil Anuar yang bermain untuk Perak. Sekali pandang, sudah pastinya orang akan menyangka mereka adalah orang yang sama. Tambahan pula, penampilan pemain tersebut yang juga berambut panjang sangat mirip dengan Da’i Syed. Tona kulit pemain bola itu juga seakan-akan sama dengan Da’i Syed.

Pemain PJ City yang dikenali sebagai ‘Beto’ itu meninggalkan skuad ‘The Bos Gaurus’ selepas banyak menghabiskan masa berada di bangku simpanan pada musim lalu. Menurut Beto, dia berhijrah ke PJ City bagi mendapatkan lebih banyak peluang beraksi bagi memburu tempat dalam skuad Harimau Malaya.

Suami DJ radio Hot FM

Minggu lalu, Beto mendirikan rumah tangga bersama penyampai radio Hot FM, Zetty Nabila. Menurut Zetty, dia tidak sangka perkenalan di media sosial pada tahun lalu akhirnya ke jinjang pelamin apabila mereka berdua diijabkabulkan di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang, 11 Disember lalu lapor Berita Harian.

Sebelum ini kelab tersebut turut mengumumkan pemain kacukan, Darren Lok bakal menyarung jersi pasukan PJ City FC.

Macam sama tapi bukan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju bahawa muka pemain PJ FC seiras dengan Da’i Syed. Tidak berakhir di situ, mereka juga sempat ‘berjenaka’ susulan pembebasan Da’i Syed hari ini daripada tahanan reman susulan dakwaan mencabul dan merogol kenalannya.

Sebelum ini, di Twitter warganet menyatakan Da’i Syed iras dengan seorang muka penyanyi antarabangsa Zayn Malik yang terkenal dengan lagu Dusk Till Down. Korang tengok sama ke?

Apa-apa pun tahniah OHBULAN! ucapkan kepada barisan pemain bola PJFC.

Sumber: PJ City FC

SKIP THIS AD ×