Pekerjaan sebagai pembantu rumah sering dipandang rendah oleh segelintir masyarakat kerana, mereka ini bekerja tanpa henti dan dibayar dengan gaji yang rendah.
Namun, di Facebook seorang lelaki yang dikenali sebagai Amir Zain, mendedahkan jumlah pendapatan seorang pembantu rumah yang sudah pasti mengejutkan ramai pihak.
Gaji RM 3k-3.5k sebulan
Menerusi perbualannya di Whatsapp bersama pembantu rumah itu menunjukkan bakal pembantu rumahnya meminta gaji sebanyak RM3,000 sebulan atas alasan mempunyai permit sendiri.
Baru selesai menelefon agensi untuk ambil pembantu rumah. On-demand sekarang adalah pembantu rumah berbangsa Filipina. Mengikut dapatan, mereka mempunyai track record cemerlang (komunikasi, professionalism, patuh, attitude etc.). Kebanyakkan mereka beragama Kristian. Mereka wajib diberi 1 hari cuti setiap minggu. Tentang gaji mereka pula, untuk yang sudah berada di Malaysia, gaji mereka ialah RM3000 – RM3500. (waived kos permit).Tinggi betul gaji. Ini bukan main-main. Gaji ini still ini on-demand dan ada majikan yang nak hire.Dengan benchmark baru ini, masih tak ada sumber manusia tempatan ke? RM3000 bersih kot. Saya percaya suatu hari nanti kita boleh tukar landscape kerja pembantu rumah ni ada KWSP, SOCSO,
Jelas lelaki itu, walaupon pembantu rumah ini demand gaji yang agak tinggi, namun masih terdapat majikan yang sanggup membayar pembantu rumah ini kerana mereka ini mempunyai latar belakang yang bagus.
Tambahan pula, tidak mustahil jika satu hari nanti pekerjaan pembantu rumah akan menjadi pekerjaan pilihan golongan muda atas dasar gaji yang ditawarkan.
Kaji semula
Manakala di Twitter, hangat diperbincangkan mengenai jumlah pendapatan seorang pembantu rumah. Pemuda yang dikenali sebagai Khairul Azri, meminta supaya kerajaan mengkaji semula gaji graduan tempatan yang sudah tidak lagi relevan. Jika, seorang pembantu rumah mampu meraih gaji sebanyak RM3,000 sebulan kenapa gaji seorang jurutera masih di tampuk lama iaitu RM1,800. Bayangkan?
Tambahan pula, dia turut menjelaskan graduan Malaysia multi-skill dan mampu bertutur dalam pelbagai bahasa setaraf seperti pembantu rumah Filipina.
Mahalnya!
Apa nasib kami?
Sumber: Khairul Azri & Amir Zain