Penyanyi, Lufya Omar meraih perhatian ramai selepas tularnya video memaparkan seorang wanita berbangsa Arab yang mempunyai rupa seakan dirinya sedang melangsungkan perkahwinan di media sosial.
Artikel Berkaitan: Netizen Puji Bersalam Dengan Lufya Omar, Julia Farhana Enggan Bermusuh – ‘Tak Ada Masalah Untuk Bincang Di Luar Mahkamah’
Terima banyak DM
View this post on Instagram
Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram, Lufya mendedahkan dirinya banyak menerima hantaran mesej (DM) daripada orang ramai bertanyakan mengenai ‘perkahwinan’ baharunya itu.
Penyanyi berusia 38 tahun itu bagaimanapun menafikan sangkaan orang ramai dengan mengatakan wajah wanita di dalam video yang tular itu hanyalah sekadar pelanduk dua serupa.
Pelanduk dua serupa barangkali, ramai pula yang DM tanya suami baharu Arab saya.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju wajah wanita di dalam video yang tular itu mirip sekali dengan raut wajah Lufya.
Malah, rakan artis yang lain turut berseloroh dengan menitipkan ucapan tahniah atas ‘perkahwinan’ baharu penyanyi itu.
Untuk rekod, Lufya pernah mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada 26 November 2016 sebelum mengambil keputusan untuk bercerai pada 17 Jun 2020.
Sepanjang perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Laana Haura yang berusia lima tahun.
Sumber: Instagram