berita

Netizen Teruja Ainan Tasneem Rancang Buat Konsert Bersama Tasha Manshahar – ‘Ajak Najwa Latif Sekali Please’

December 20th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Siapa masih ingat lagi ‘Aku Suka Dia’ nyanyian Ainan Tasneem yang begitu popular dalam kalangan remaja pada sekitar tahun 2011 yang lalu? Lagu tersebut menjadi fenonema sehinggakan mengungguli carta radio dalam negara bersaing dengan beberapa artis yang lain ketika itu.

Namun, Ainan kemudiannya mengambil keputusan untuk menarik diri daripada industri hiburan selepas mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya pada tahun 2017.

Artikel Berkaitan: Penyanyi Aku Suka Dia, Ainan Tasneem Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Rancang buat mini show

Terbaharu, Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Redzuan menimbulkan keterujaan dalam kalangan peminatnya selepas bercadang mahu mengadakan mini show atau konsert bersama seorang lagi penyanyi yang seangkatan dengannya pada tahun 2011 iaitu Tasha Manshahar.

Menurut penyanyi berusia 31 tahun itu, dia bercadang mahu mengadakan konsert tertutup yang hanya dibuka untuk golongan wanita sahaja.

Korang nak tanya. Kalau saya dengan Tasha Manshahar ada plan nak buat macam mini show/konsert tahun depan, korang nak datang tak?

Tertutup punya. Strictly untuk perempuan-perempuan sahaja. Kita akan berhibur together! Kitorang perform beberapa lagu. Pastu nanti ada borak-borak session.

Lebih menarik, dia juga bercadang untuk menyelitkan program tazkirah yang akan disampaikan oleh ustazah yang layak bagi mendapatkan keberkatan majlis.

Paling penting kita akan selitkan juga tausiah/tazkirah dari mana-mana ustazah atau orang yang layak.

Semoga Allah reda dengan majlis kita itu nanti, saya terfikir benda ini sebab ramai yang seru saya dengan Tasha untuk comeback & buat show. 

Hantaran tersebut turut mendapat perhatian daripada netizen yang begitu teruja untuk melihat Ainan dan Tasha untuk kembali menghiburkan mereka.

‘Ajak Najwa Latif sekali’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyarankan Ainan untuk menjemput Najwa Latif sekali bagi memeriahkan mini konsert itu memandangkan mereka merupakan antara penyanyi muda yang meningkat naik dalam masa yang sama pada 2011.

Mereka juga memuji perancangan Ainan yang juga mahu menyelitkan program agama di dalam mini konsert yang bakal diadakannya itu.

Sumber: Aplikasi X

SKIP THIS AD ×