berita

Ngeri! Bunuh Kekasih Sebelum Kerat Jari & Telinga Sebab Kecewa Lamaran Ditolak

April 9th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Berang setelah lamarannya ditolak, seorang lelaki bertindak membunuh teman wanitanya. Lebih mengejutkan, lelaki tersebut turut mengerat jari dan telinga wanita tersebut. Wow ngerinya!

Menerusi Mirror, mayat wanita itu ditemui selepas jiran terhidu bau busuk dari tingkat tiga sebuah pangsapuri percutian di Istanbul, Turki.

Polis pecah masuk rumah

Melalui aduan jiran tetangga, pihak polis telah memecah masuk rumah tersebut dan menemui seorang wanita dengan telinga dan jari yang telah dikerat di bawah sofa bed. Wanita yang dikenal pasti sebagai Najia Arabzai, 25 tahun yang berasal dari Afghanistan itu disyaki dicekik sehingga mati.

Menahan seorang suspek

Hasil siasatan, polis telah menahan seorang suspek Zivar Gol R, 29 tahun, yang juga dari Afghanistan. Saksi seorang pemandu teksi mengatakan dia menjemput lelaki berkenaan dari pangsapuri tersebut. Media tempatan juga melaporkan suspek memberitahu polis yang dia telah membunuh wanita tersebut, setelah lamarannya ditolak.

Pihak polis mendapat tahu bahawa lelaki tersebut sudah berkahwin dan tinggal bersama isterinya di Istanbul. Mungkin tidak sanggup hidup bermadu, wanita tersebut menolak lamaran lelaki tersebut.

Sumber: Mirror

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×