berita

‘Ni Baju Kalis Peluru Ke?’ – Gara-Gara Harga Sehelai Baju ‘Buruk’ 15K, Netizen Gaduh Di Ruangan Komen

December 16th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

Barangan bundle bukan keluaran baru dari kilang, sebaliknya dipakai beberapa pemilik. Namun, pakaian terpakai atau lebih dikenali bundle tetap diburu peminatnya terutama daripada jenama sukar diperoleh. Malah, jangan terkejut sekiranya ada antara pakaian berkenaan dijual pada harga tinggi mengalahkan keluaran baru kerana nilai dan keunikannya.

Menerusi Harian Metro, lelaki ini menawarkan empat baju-T band Iron Maiden dengan harga RM40,000 melalui Facebook serta portal perniagaan dan menerima pelbagai reaksi netizen. Rata-ratanya menganggap ianya terlalu mahal untuk sehelai baju ‘buruk’ sehingga menimbulkan pergaduhan di kalangan peminat barangan ‘rare’ ini. 

Ramai tidak senang

Baju ini untuk pasaran antarabangsa, bukan hanya pengumpul di Malaysia mencarinya. Saya jual mengikut harga pasaran terkini yang mencecah antara RM12,000 hingga RM15,000 sehelai. Namun, saya tidak mahu menjual sehelai, jual borong empat helai dengan harga RM40,000.

Andai tiada siapa mahu beli, saya tidak kisah kerana harga barangan ini akan semakin tinggi pada masa depan, akan jadi lebih ‘rare’.

Baju ini mendapat perhatian ramai yang menganggap ianya buruk. Namun, bagi peminat baju-T band rock yang menjadi ‘trend’ sejak 1980-an, ada nilai sentimental dan perjalanan cerita tersendiri pada baju berkenaan. Meskipun dilihat seperti baju T biasa, hanya pengumpul koleksi baju ‘rare’ tahu nilai sebenar sesuatu baju berdasarkan kualiti, keaslian, jenis dan edisi terhad.

Menjadi hobi

Apabila kita memiliki baju yang asli, edisi terhad dan dicetak pada peristiwa tertentu, ia memberi satu kepuasan kepada pengumpul. Sesetengah pengumpul sanggup berhabis ratusan, malah ribuan ringgit untuk mendapatkan barangan klasik yang diidamkan.

Selain menjadikannya hobi, ia juga boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan.

Menurut bapa kepada dua anak itu, dia membeli baju berkenaan sehelai demi sehelai kira-kira dua bulan lalu dan menjadi hobinya menjual semula barangan klasik yang dikumpul apabila harga pasaran meningkat.

Bercerita mengenai permulaan hobinya itu, Syafiq berkata dia berminat mengumpul jersi pasukan bola sepak tempatan dan luar negara sekitar 1990-an sejak 2008. Katanya, minat yang muncul ketika dia masih bersekolah, berkembang apabila turut mengumpul baju lama yang mempunyai nilai sentimental dan diburu pengumpul lain.

Respon netizen

 

 

Sumber : Harian Metro

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×