Beberapa hari lepas seorang anak lelaki telah post di Twitter mengatakan bahawa ibunya baru sahaja buat akaun sosial media tersebut. Kami pasti ramai diantara anda merupakan pengguna ‘tegar’ Twitter kan? Ada yang guna Twitter untuk meluahkan perasaan sedih, marah dan gembira. Ada juga menggunakan Twitter sebagai medium untuk mengetahui perkembangan semasa dunia.
Tapi lain bagi seorang ibu ni. Tujuan dia membuat Twitter adalah untuk.. Alahai comelnya
‘Sebab mak buat Twitter’
Tweet diatas telah mendapat lebih 7k perkongsian di Twitter, dimana ramai mengatakan hubungan antara ibu dan anak lelakinya ini sangat akrab dan comel. Ada juga bertanya, tak takutkah kalau terlepas cakap benda tak elok di Twitter? Tetapi lelaki ni membalas bahawa dia bukannya orang yang macam tu.
‘Cara ni je mama nak dekat dengan korang..’
‘Mama perati je ni..’
Berikut merupakan antara post Tweet yang dibuat oleh ibunya. Sebenarnya banyak lagi perbualan comel antara ibu dan anak lelakinya ni. Kalau nak baca lebih lanjut anda boleh klik link di bawah ni ye.
Sumber: Twitter