berita

Niat Bergurau Tak Kena Tempat, Lelaki Beri Vape Pada Bayi Ditahan Polis

August 9th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pihak polis telah menahan seorang lelaki yang bertindak meletakkan vape pada mulut bayi berusia 7 bulan dalam sebuah rakaman video, baru-baru ini.

Artikel berkaitan: Lelaki Beri Vape Pada Bayi Tampil Mohon Maaf – ‘Dia Memang Selalu Buat Main’

Artikel berkaitan : Viral Video Lelaki Beri Bayi Perempuan Hisap Vape Bangkit Amarah Netizen

Niat bergurau

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner, Rupiah Abd Wahid, suspek yang berusia 28 tahun itu telah ditahan pada pukul 12.45 tengah hari, semalam.

Pihak polis mengesahkan telah menerima laporan polis berkenaan kejadian tersebut pada 6 Ogos 2022 jam lebih kurang 2.56 petang yang dibuat oleh ibu kepada bayi berkenaan. Suspek adalah kenalan kepada adik perempuan pengadu. Ketika kejadian, ibu bersama bayinya (mangsa) dan adik perempuannya serta suspek sedang berada di kedai makan di sekitar Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

Suspek yang memangku mangsa kemudiannya dengan niat bergurau telah meletakkan vape yang tidak berfungsi di mulut mangsa dan kejadian itu telah dirakam oleh adik perempuannya. Rakaman itu telah dimuat naik adik perempuannya di laman media sosial dan telah tular. Video tersebut mendapat kecaman oleh netizen.

Tambah Rupiah, suspek yang juga seorang peniaga akan dibawa ke Mahkamah Johor Bahru bagi permohonan reman untuk siasatan lanjut. Ujar Rupiah lagi, kertas siasatan bagi kes berkenaan telah dibuka dan disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×