berita

Niat Itu Yang Penting – Raja Ema

February 3rd, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-02-03 at 1.14.35 PM

Siapa masih ingat dengan suara manja yang mendendangkan lagu Angan-Angan dan Jejaka Idaman? Lagu ini pernah hits pada era 80 an dan semestinya Raja Ema merupakan penyanyi igauan ramai jejaka pada zaman itu.

Setelah sekian lama menghilangkan diri daripada dunia glamor, Raja Ema dilihat kembali bergiat aktif dalam bidang lakonan dan nyanyian. Tidak ketinggalan, wanita awet muda ini turut ditawarkan untuk menjadi duta rasmi produk Royal Detox Platinum.

Namun, penampilan terbaru Raja Ema yang lebih berani itu telah mendapat kritikan kerana dikatakan tidak sesuai dengan usianya yang telah mencecah 45 tahun.

Screen Shot 2014-02-03 at 1.16.36 PMRaja Ema mahu jaga penampilan demi kerjaya

Raja Ema ketika ditemui di majlis pelancaran produk itu semalam mengatakan bahawa tidak menjadi satu kesalahan untuk menjaga penampilan demi kerjaya. Dia turut menambah bahawa usia bukanlah satu penghalang untuk kembali dalam bidang glamor ini memandangkan permintaan terhadapnya masih ada.

“Yang paling penting niat kita. Itu hak kita nak jaga penampilan. Kakak tak kacau orang, tapi kita kena ingatlah apa yang perkara yang betul dan apa yang tidak.

Bagi kakak mungkin mereka tak faham dan sebab itu mereka komen macam-macam. Biarlah orang nak kata apa, kakak tetap dengan kerja kakak, yang penting fokus pada kerja dan capai cita-cita.”

Raja Ema turut menambah kedua-dua orang anak lelakinya yang berusia 19 tahun dan 17 tahun juga memberi sokongan untuknya kembali berlakon dan menyanyi.

“Kakak dahulu duduk rumah, besarkan anak-anak. Jadi, sekarang mereka berdua dah besar, sudah ada kehidupan sendiri. Mereka lagi suka sebenarnya.Tapi kakak tetap beri masa kuaaliti pada mereka. Balik kerja mesti bawa keluar dan tanya apa masalah mereka.

Kejayaaan itu kadang-kadang datang cepat, kadang-kadang datang lambat. Tuhan dah takdirkan pada umur kakak macamni baru buat comeback. Mula-mula sekadar nak nyanyi-nyanyi habiskan masa lapang. Tiba-tiba masuk majalah dan ramai penerbit panggil berlakon.”

Dalam perkembangan terbaru, Raja Ema kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama ‘Janji Jaslina’ dan memegang watak sebagai ibu kepada Ira Shazira. Apakata kita lihat dahulu foto-foto anggun wanita ini.

Kredit Foto : Instagram Raja Ema

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×