Sempena Hari Wanita Sedunia baru-baru ini, Wanita Keadilan Johor telah mengadakan program menyantuni masyarakat Parlimen Tebrau dan juga Dun Putri Wangsa. Bukan sekadar menjalankan program menyantuni masyarakat setempat, mereka turut memberikan bantuan secara berterusan kepada golongan terpinggir, golongan asnaf tegar bandar, ibu tunggal dan juga OKU.
Menerusi gambar-gambar yang dimuatnaik di Facebook Wanita Keadilan Johor, mereka juga mengagihkan tuala wanita dan barang keperluan yang lain kepada orang ramai bermula 6 Mac yang lalu. Namun begitu, timbul kontroversi di mana sebuah laman Facebook politik mendakwa kumpulan tersebut tidak tahu malu kerana memberikan tuala wanita kepada orang ramai di tepi jalan.
Apa punya stim
Sambut hari wanita bagi Modes tepi jalan ke? Mana maruah kau? Mana Melayu kau? Benda kau letak dekat alat sulit lepas tu kau boleh bagi dekat tepi jalan macam itu sahaja.
Di Facebook sebuah kumpulan politik, mereka mendakwa kumpulan wanita berkenaan tidak tahu erti ‘maruah’ apabila mengagihkan tuala wanita di tempat yang terbuka. Susulan daripada posting berkenaan, netizen mengutuk dakwaan laman kumpulan politik ini yang seolah-olah tidak ada modal untuk mencari kesalahan orang lain.
Masih anggap sebagai taboo?
Seriuslah dah 2021 masih ada anggap benda ni as taboo. Ketinggalan zaman. Dekat sekolah belajar sains kan? Bila nak maju kalau benda natural basic macam ni masih triggered?
Menurut netizen, masih ada lagi segelintir individu yang menganggap memberi tuala wanita secara terbuka itu merupakan taboo. Jelas netizen, pemberian tersebut tidak perlu dijadikan isu malah, ianya merupakan perkara yang biasa dan sudah diketahui oleh semua orang sejak sekolah lagi.
Ini bukan soal maruah. Tapi pernah ke kita ambil tahu yang ramai wanita di luar sana sebenarnya tak mampu nak membeli keperluan seperti tuala wanita. Simply making assumptions tak baik macam ni. Memalukan dan tak membawa apa apa benefit sesekali pun buat posting macam ni. Sekali lagi, cuba fikir perasan wanita lain.
Ujar netizen lagi, pihak yang membuat dakwaan tersebut juga perlu tahu bahawa ramai kaum wanita di negara ini tidak mampu membeli keperluan asas mereka seperti tuala wanita. Netizen juga berharap pihak berkenaan menghormati perasaan kaum wanita.
Sumber: Wanita Keadilan Johor